24 February 2010

Perbuatan Berulang Hariz Bulan Jan-Feb 2010

25 Feb 2010

Dari pertengahan Jan hingga Feb 2010, Hariz suka buat 'pipi kembung' - iaitu mengembungkan pipinya. Dia juga mahu orang disekelilingnya buat perkara yang sama. Dah tak terkira berapa kali dia mahu kita buat sama dalam sehari. Tengah buat kerja sekolah / makan / dalam kereta / mandi pun dia suruh buat. Emm... repetitive behaviour seorang autisme. Macam mana nak hilangkan? Tegur dia supaya tak buat begitu bila dia mahukan kita buat pipi kembung berulang-ulang dalam masa singkat. Marah bila dia melampaui batas - contoh bila dia memaksa orang lain buat sama. Alihkan perhatian kepada aktiviti lain yang biasa dia buat - contohnya suruh dia main PSP atau melukis yang memang dia suka.

Bila perbuatan ini hilang, akan ada yang baru. Apa dia? Saya pun tak tahu. Yang pastinya, mencabar kesabaran dan kreativiti kita.

05 February 2010

Hasil Seni Hariz

Ini hasil kerja mewarna oleh Hariz pada 03 Feb 2010. Perhatikan, dia sudah boleh mewarna dengan baik iaitu tidak terkeluar dari garisan-garisan. Ia juga konsisten.


Ini hasil karya Hariz menggunakan MS Paint.