06 July 2013

Hariz Di Pameran Pusat Sains Negara, 8-9 Jun 2013

08-09 Jun 2013

Autisme Malaysia telah di jemput untuk menyertai pameran di Pusat Sains Negara. Kami telah membawa Hariz bersama dari hari sebelum pameran sehingga hari pameran selesai. Seperti biasa kelengkapan gajet harus cukup sebagai langkah awal bagi mengelakkan tantrum.

Sepanjang hari pameran ramai ibubapa yang hadir bertanya "saya tengok dia diam aje, macam mana you all buat...?". Jadi, terimbaulah kenangan dan pengalaman lalu dikongsikan bersama mereka. Diharapakan apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk anak-anak mereka yang masih kecil lagi.

Salah seorang ahli AM telah sukarela menunjukkan cara melakukan terapi carakerja (occupational therapy) di rumah. Sila lihat video ini.



Ramai yang datang di waktu akhir pameran... sangat meriah booth AM di sana... terima kasih kepada yang hadir.

Berikut gambar-gambar sekitar pameran.


















20 June 2013

Botol Susu

Rabu, 19 Jun 2013.

Botol susu dan bayi atau anak-anak kecil adalah lumrah. Tapi botol dan anak-anak yang sudah berumur dua belas tahun pula sesuatu yang bukan lumrah. Hariz baru saja bercerai botol sepenuhnya lebih kurang tiga minggu yang lalu dari tarikh di atas. Untuk beberapa tahun sebelum itu dia hanya minum susu menggunakan botol pada waktu malam saja ketika hendak tidur. Kami ambil masa yang agak lama untuk buatnya berhenti menyusu botol, seperti tingkahlaku yang lain sebelumnya. Memang lama.


Dalam kenangan botol....

22 May 2013

Hariz Zamri buat VCD!

Ahad, 19 Mei 2013.

Hari ini Hariz Bin Zamri telah memindahkan 5 video klip penyanyi nasheed kegemaran dari telefon bimbit Ustaz Jahidi yang mengajar hari ini, ke Samsung Note milik dia. Habis kelas dia kata "Ayah nanti burn kat rumah". Seperti biasa cuba meneka apa yang dia nak buat sebenarnya. Setelah berbual dengan Ustaz barulah tahu tentang video klip tu.

Sekitar jam 6 petang setelah mandi, dia mula dengan komputernya dan aku ternampak yang dia sedang menyunting video. Dia telah menyiapkan satu video introduction, seperti mana introduction video yang kita selalu tonton di awal cerita yang paparkan amaran & logo penerbit.

Satu lagi video yang mengandungi lima video klip penyayi nasheed dah siap dengan tajuk lagu disetiap awalan video klip. Lepas tu dah siap save dalam format mp4 ready untuk di burn ke CD... malangnya aplikasi CD burner dalam komputer dia cuma trial version, so tak dapat burn. Dia salin ke thumb drive dan bawa ke laptop aku untuk burn ke CD. Pandai rupanya mencari alternative.

Ini la hasil nya....




05 April 2013

Hari Autisme Sedunia - 02 Apr 2013

Selasa, 02 Apr 2013.

Hari Autisme Sedunia kembali lagi... Pada hari ini telah dilancarkan projek rintis Permata Autisme oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Projek rintis ini bagi saya memberikan harapan baru buat komuniti autisme di Malaysia. Saya berdoa agar projek ini tidak berhenti setakat projek rintis kerana komuniti autisme di Malaysia sememangnya memerlukan perhatian dan bantuan oleh kerajaan.

Amat berbesar hati kerana beberapa individu dari Autisme Malaysia turut sama terlibat secara langsung dalam projek Permata Autisme. Sessungguhnya, usaha mereka hanya Allah yang dapat membalasnya.

Capaian berita - New Straits Times, New Straits Times, The Star Online, New Sabah Times


Sementara itu pada hari yang sama, beberapa sahabat rapat di Autisme Malaysia telah bersiaran di dalam rancangan MHI TV3. Terima kasih kepada mereka Saudara Hasfizal Mukhtar bersama isteri Marina Ariff dan Zaini Abas bersama isteri Nazean Jomhari.





Dr. Adibah Abdul Gafar juga telah bersiaran di dalam rancangan Dari Fail Doktor TV1 pada 28 Mar 2013 lalu.




30 March 2013

Bila Bekalan Elektrik Terputus


Khamis, 14 MaC 2013.

Situasi: Dapat notis bebrp hari lps dr TNB bekalan elektrik terputus sementara hari ni dari jam 10am hingga 4pm sbb ada pembaikan di jln H1.

Dah sosial story kan si Hariz pasal ni tp dia tetap kata H1 je yg xde elektrik. Ari ni balik sekolah tgok elektrik xde.

"Macam mana ni??!!"

Di ulang berpuluh kali dgn nada marah dan nak menangis tp tak nangis. Bgtau dia yg TNB tgh betulkan. Masih ulang cakap yg sama.

Ajak keluar jalan2, dia kata nak tp dok bising ulang cakap yg sama. Kata kat dia kalau nak keluar kena la diam. Ada la 2 minit. Lps tu ulang lagi.

Tak lama dia cakap. "Macam mana nak caj samsung!!!"

Ooo nak caj samsung rupanya.... Nasib ada battery bank kecik... Boleh lah caj... Terus cool down happy... Tadi siap save no tpon orang TNB yg ada kat surat notis tu dalam hp... Ok jom kita jalan jalan...

Makan aiskrim sejukkan hati...bersama Abang Haziq...

Beli buku tenangkan minda...

:)