12 June 2011

Laporan Cuti Sekolah Jun 2011

Sabtu, 11 Jun 2011.

Esok hari akhir cuti sekolah. Sangat cepat masa berlalu. Cuba sedaya upaya mengisi masa dengan perkara yang berfaedah untuk Hariz. Minggu pertama cuti aku bawa Hariz dan keluarga pergi beriadah di Melaka, 3 hari 2 malam. Sebelum pergi bercuti Hariz pergi ke sesi speech therapy dan berjumpa dengan doktor. Masuk  kali ini dah tiga kali dan Hariz  mula dapat hafal cara sesi terapi dijalankan walaupun permainan/aktiviti adalah berbeza. Hariz sentiasa teruja dan menanti untuk sesi speech therapy seterusnya. Sesi berjumpa dengan doktor tiada masalah lagi walaupun terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum tiba giliran.

Sepanjang bercuti di Melaka, Hariz tak banyak kerenah dan agak mudah diuruskan. Sepanjang perjalanan ke destinasi Hariz asyik ajak balik untuk pergi ke indoor waterpark di Today's Mall di Ulu Tiram. Berulang-ulang sepanjang perjalanan. Jadi jawapan pun mesti konsisten dan kena sabar tahap gaban. ALhamdulillah, dia tidak protes. Tiba di hotel agak lewat petang jadi kami membuat keputusan untuk keluar sebelah malam sahaja. Kami berjalan ke pusat bandar untuk makan, naik Menara Taming Sari dan naik beca satu pusingan. Hariz sangat teruja dan enjoy. Di bawah sebahagian kenangan pada hari pertama tiba di Melaka.

Makan sambil bermain dengan Samsung Galaxy Tab

Lepas makan bersiar-siar di sekitar Dataran Pahlawan

Di dalam kabin Menara Taming Sari

  
Di atas beca

Pada hari kedua, kami pergi ke Melaka Wonderland Water Park. Masuk jam 10.00pagi keluar jam 2.30 petang. Main air sampai penat, sampai pening kepala dan muntah dalam kereta. Ehmm abis kereta ayah bau muntah. Sebelah malam kami ke Zoo Melaka, tengok haiwan waktu malam. Di bawah sebahagian kenangan di rakam pada hari kedua.






Hari ketiga sebelum balik jalan-jalan di sekitar bandar.





30 May 2011

Siapa Yang Kuat??

Isnin, 30 May 2011.

Minggu lepas aku telah melakukan suatu ujian ke atas Hariz untuk mengatasi tingkahlakunya yang pada aku  tidak elok jika dibiarkan berterusan. Tingkahlaku yang aku maksudkan ialah dia akan terus meminta yang dikehendakinya walaupun telah di beri penjelasan, sebab, alasan, helah, pengalihan perhatian dan lain-lain untuk menafikan apa yang di minta.

Dalam kes ini Hariz meminta supaya kad SIM dipasangkan pada Samsung Galaxy Tab. Dia tahu apa yang dia boleh buat bila kad SIM dipasangkan pada gadget tersebut - boleh buat panggilan dan berinternet. Dan dia tahu lokasi slot kad SIM pada gadget tersebut. Jadi, aku membuat keputusan supaya tidak akan berikan kad SIM dalam apa jua keadaan. Maka bermulalah konflik. Di sini aku ada beberapa pilihan pendekatan untuk mengatasinya:

a. cuba menjelaskan tak perlu kad SIM sebab ada wireless
b. beri alasan/helah penangguhan dengan harapan dia boleh lupa
c. beli alasan/helah dengan mengatakan kad SIM nak kena ambil di tempat yang jauh
d. bertegas dengan mengatakan kad SIM memang tidak ada
e. menggunakan ugutan untuk menarik balik hak memiliki gadget tersebut
f. buat tak tahu dengan permintaannya
g. gertak hukuman dengan rotan atau menunjukkan ekspresi marah

Anda tahu apa yang berlaku? Aku guna semua pendekatan di atas dan yang paling berkesan ialah pendekatan (d) dan (e). Tetapi tidak semudah itu untuk Hariz mengalah bagi mendapatkan kad SIM. Tantrum dan mengulangi permintaannya silih berganti dalam tempoh 24 jam. Sentiasa mencari sebab untuk dia tantrum dan merajuk. Pada tahap ini hati sudah jadi panas dan mudah untuk marah. Jadi, aku mesti mencari jalan supaya dia boleh terima hakikat "tiada kad SIM". Aku mesti tegas dalam lembut, aku mesti konsisten dalam fleksibel dan aku mesti sabar dalam marah. Ermm macam mana tu. Aku pun tak tahu macam mana aku buat, tapi ianya berjaya bagi aku. Dia tak minta kad SIM lagi selepas 24 jam berlalu.


Analisa dari apa yang berlaku boleh aku katakan:
a. aku harus lebih kuat, tegas, konsisten, fleksibel dan lembut dalam tempoh masa yang sama; dan kreatif menggunakan pendekatan bersesuaian dengan keadaan ketika berlaku konflik
b. aku dan ahli keluarga harus sentiasa bersedia untuk menghadapi tindakbalas dari pendekatan yang di ambil
c. aku harus tidak di kawal oleh nafsu marah demi mengelakkan persepsi tidak elok pada anak dan menjadi lali, dan paling teruk anak menjadi mangsa kemarahan

Kadang-kadang kita baca teknik-teknik menghadapi anak-anak autisme. Tapi bila dalam situasi sebenar kita kadang-kadang tak boleh nak gunakannya. Kena ubahsuai baru berkesan. 'Kenali' anak-anak autisme akan buat kita lebih efisyen untuk mengendalikan mereka.

05 May 2011

Antara Dialog-Dialog Sejak Dua Minggu Ini

Khamis, 05 Mei 2011.

Assalammualaikum. Kali terakhir update blog pada 19 April 2011 lalu, rasa lama dah tak update :P... Macam le banyak visitor. Anyway, kali ini aku nak kongsi beberapa dialog yang menarik dalam situasi berbeza (masa & tempat), di mana pada aku ianya suatu pencapaian untuk Hariz.

Dialog 1
Hariz: Apa ni ayah? (sambil tunjuk gambar strawberi dalam buku)
Aku: Apa tu?
Hariz: Strawberi! Makan strawberi... nyam nyam nyam (sambil aski lakon makan)
Aku: Oo... Strawberi. Kat mana tu?
Hariz: Strawberi Park.
Aku: Strawberi Park kat mana?
Hariz: Cameron Highlands...
Aku: Oo... Cameron Highlands... Pergi Cameron Highlands naik apa?
Hariz: Cameron Highlands...
Aku: Pergi Cameron Highlands naik apa?
Hariz: Cameron Highlands... apa?
Aku: {ok, dia tak faham atau tak tahu nak jawab macam mana}... Pergi Cameron Highlands naik kereta...
Hariz: Naik kereta!
Aku: Pergi dengan siapa?
Hariz: Siapa...? {pause beberapa ketika} Emm... ayah, ibu, Haziq, Hariz!
Aku: Pandai la Hariz!
- tamat -


Dialog 2
Ayah: Hariz, pergi mandi. Nanti ayah nak keluar ni.
Hariz: Ayah, nak gi jalan ni!
Ayah: Ayah nak pergi Tiram, beli barang.
Hariz: Nak gi Tiram ni...
{tak juga bergerak ke bilik air}
Hariz: Saya mandi dulu la. Jap lagi keluar ni. (terus menuju ke bilik air dan mandi)
Hariz: Ibu... sini la. (minta dimandikan)
- tamat -

Dialog 3
Teacher Connie: What is this? (sambil tunjuk gambar ayam)
Hariz: Ayam!
Teacher Connie: Very good, ayam in english?
Hariz: Chicken!
Teacher Connie: Ayam in chinese?
Hariz: (menyebut sesuatu dengan gaya bunyi bahasa cina dan semua orang ketawa besar)
Teacher Connie: Good try, good try.
- tamat -

19 April 2011

Penyelesaian Crossword Puzzle

Selasa, 19 April 2011.

















Gambar ini adalah crossword puzzle yang Hariz selesaikan dalam tempoh 1 setengah jam. Hanya 4 perkataan aku bantu dia cari. Yang lain dia cari dan tanda sendiri. Amat memberangsangkan bagi aku.

Hariz Dan Officer Bank

Selasa, 19 April 2011.

Hari ini aku bawa Hariz bersama ke bank atas satu urusan. Tapi bukan urusan untuk Hariz, urusan aku. Sampai di bank, aku guide Hariz supaya duduk di kerusi menunggu sementara aku berurusan di kaunter nombor giliran. Sekilas pandang dari kaunter tu Hariz dah tak ada di tempat duduk tu, melilau mata aku mencari. Rupanya dia duduk di kerusi tetamu di stesen kerja Manager. Fuh, nasib baik dia tak usik apa-apa! Untuk mengelakkan perkara luar jangkaan, aku arahkan Hariz duduk di stesen kerja lain yang laku rasa lebih 'selamat'.

Kemudian datang seorang Officer perempuan (ayu dan lemah lembut) duduk di meja bersama Hariz. Aku beri isyarat padanya yang itu anak aku. Selesai isi borang aku pun duduk kat meja tu. Kemudian berlakulah komunikasi di antara Hariz dan officer tu seperti di bawah:

Officer: "How old are you?" (mengulangi 3 kali)

Hariz: "Sepuluh" (sambil tunduk tersipu-sipu malu)

Officer: "Nak duduk sini?"

Hariz: "Nak!" (sambil tunduk tersipu-sipu malu, lagi)

Officer: "Ayah nak balik tu, tinggal?"

Hariz: "Ok bye..."

Dalam hati aku "Wah! Wah! Wah! Tak leh jadi nih..., pantang deal dengan perepuan ayu". Aku pun mintak diri dan bawa Hariz pergi. Tapi sebelum tu, officer tu mintak Hariz salam dia, Hariz pun dengan segeranya salam dan cium tangan... ermm.

Ayat Hariz di pintu bank "Best la bank ni". Ni nak ajak pergi lagi la ni.