14 September 2010

Gayung Mandi Baru

Selasa, 14 Sept 2010.

Hari Ahad lepas, dalam perjalanan ke Air Hitam, singgah di Tesco Kulai nak beli buah tangan. Dalam beli belah Hariz mintak belikan 1 gayung warna biru, macam dalam gambar ni.



Apa yang menariknya, sejak ada gayung baru ni, dia mandi sendiri dengan sempurna. Basahkan badan - sabun - bilas - gosok gigi - bilas - mengeringkan badan. Sebelum tu dia mintak dimandikan. Tapi yang sebenarnya, dia dah boleh mandi dengan sendiri. Baru-baru ni lah dia mula mandi sendiri. Mudah mudahan terus berdikari.

12 September 2010

Hari Raya 2010 (1431H)

Jumaat, 10 Sept 2010.

Hari Raya kali ini Hariz memakai baju melayu teluk belanga warna maroon lengkap bersampin dan bersongkok. Tapi sayang, aku tak snap gambar dia berbaju melayu lengkap. Kali ini dia boleh pakai baju melayu dari pagi hingga ke petang, dia tak minta untuk menanggalkan baju melayunya seperti tahun sebelumnya - belum pun tengah hari dia dah minta tukar baju.

Tak meragam dan melilau bila bawa beraya di beberapa rumah sedara mara, tapi terpaksa beri dia menggodam handphone ibunya. Bersalaman dengan pak-pak sedara, sepupu-sepupunya & atuknya bila di minta, tanpa perlu menarik tangannya ke arah mereka. Cukup hanya menunjuk siapa untuk di salam.

Suatu perubahan yang kecil tapi besar bagi aku.

20 August 2010

Sedih Ditinggalkan Ayah

Sabtu, 21 Aug 2010.

Semalam petang aku bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri kursus. Apa yang menariknya kali ini ialah Hariz beria-ia pegang tangan aku dan cakap "Ayah! Jangan pergi...jangan..." sambil menangis sungguh-sungguh. Sebelum ini dia OK aje, tak pernah pun nak halang aku. Ehmm, kalau hati tak keras tak jadi aku pergi Shah Alam.