Lazimnya, ibu bapa atau penjaga anak-anak autisme akan cuba terus mengerahkan seluruh tenaga dan fokus demi memberikan yang terbaik buat anak-anak autisme dan tipikal mereka. Itu memang terbaik dan patut diteruskan.
Namun, ramai juga ibu bapa yang 'burnt-out' setelah berusaha dalam jangka masa tertentu. Puncanya, mungkin kepenatan, anak tidak menunjukkan peningkatan, terlampau banyak yang mahu dilakukan, banyak lagi perkara yang belum tercapai dan bermacam-macam lagi. Dan paling yang ditakuti keadaan 'burnt-out' menyumbang kepada masalah lain - kerenggangan silaturrahim dalam keluarga dan anak terabai. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk dalam keadaan tersebut.
Jadi, ada apa yang boleh kita ibu bapa lakukan bagi mengelakkan dari terjebak dalam fasa 'burnt-out'?
Dalam 24 jam sehari, ibu bapa disyorkan meluangkan masa untuk diri sendiri. Tidak kiralah setengah jam, 1 jam, 2 jam anda tentukan sendiri. Lakukanlah perkara yang anda suka, untuk diri anda sendiri, yang buat anda gembira, melegakan dan meredakan tekanan. Umpama tukan butang 'reset'.
Berzikir.
Membaca Al-Quran.
Bersukan.
Berjumpa kawan-kawan.
Menonton wayang.
Manjakan diri di spa.
Berurut.
Beli-belah.
dan macam-macam lagi... buatlah ikut pilihan hati, tapi harus tidak bertentangan dengan agama.
Bersepakatlah dengan pasangan masing-masing bagaimana boleh merealisasikannya. All the best.