Hari ini Akademi Fakih Intelek (AFI) menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul khusus untuk anak-anak syurga yang belajar Al-Quran di sana, Hariz salah seorang pelajarnya. Majlis ini dianjurkan supaya mengajar anak-anak syurga tentang hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., suatu usaha yang sungguh murni.
Blog ditujukan khas buat anak-anak austisme berserta ibubapa mereka, dan masyarakat amnya. Semoga apa yang dipaparkan bermanfaat kepada para pembaca.
28 January 2013
Hariz Jadi Pengawas Sekolah!
Isnin, 21 Jan 2013.
Mengukir sejarah peribadi hari ini. Hari pertama Hariz dilantik sebagai Pengawas sekolah! Sungguh tak sangka, cikgu memberikan tanggungjawab tugas sebagai Pengawas kepada Hariz. Kata cikgu, agar Hariz dapat belajar tentang tanggungjawab. Semoga Hariz mendapat manfaatnya.
09 January 2013
Ulasan Kejadian Tembakan di Sandy Hook Elementary School Oleh Adam Lanza
Isnin, 07 Jan 2013.
Kejadian yang berlaku di Amerika pada 14 Dec 2012 yang lalu di mana seorang remaja telah melepaskan tembakan di Sandy Hook Elementary School. Seramai 26 orang telah terkorban dalam kejadian tersebut. Akhbar telah mengeluarkan laporan yang mengaitkan tingkahlaku ganas Adam Lanza dengan asperger/autisme berdasarkan maklumat dari abangnya Ryan. Berita penuh di sini. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dinyatakan tentang dakwaan itu dari sumber tersebut.
Sensasi berita sedikit sebanyak telah memberi impak negatif di mana masyarakat umum yang tidak memahami tentang autisme/asperger menerima dan mengganggap tingkahlaku ganas tersebut adalah sebahagian dari tingkahlaku autisme/asperger. Ini menyebabkan usaha-usaha untuk menempatkan anak autisme/asperger di dalam masyarakat rosak umpama nila setitik jatuh di dalam susu sebelanga.
Media di Malaysia juga tidak ketinggalan untuk membuat liputan. Namun, pengolahannya didapati mudah disalaherti seperti yang diterangkan di atas. Tayangan liputan berita luar negara mengenai Adam Lanza di awal segmen telah mengejutkan ibu bapa di mana Adam Lanza di sebut sebagai seorang asperger atau autisme. Video berikut adalah sedutan dari rancangan tersebut.
Video berikut pula memberi maklumbalas terhadap segmen di atas. Penerangan oleh pakar iaitu Dr. Hasnah Toran.
Saya ingin mengatakan di sini bahawa tindakan ganas seperti Adam Lanza boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Dan, tingkahlaku ganas adalah bukan ciri-ciri autisme/asperger.

06 January 2013
Hariz Khatan... lagi..!?
Ahad, 16 Dec 2012.
Hari ini Hariz mengalami pendarahan lagi kali kedua setelah berlaku pendarahan 2 hari selepas khatan sebelumnya. Di mana Hariz disyaki mengupis kuping-kuping darah mungkin akibat gatal. Setelah dibawa ke hospital, pendarahan berhenti tatkala tiba giliran doktor memeriksanya, maka doktor tidak melakukan apa-apa serta menasihatkan supaya mengawasi pergerakan Hariz.
Tapi kali ini mungkin akibat dari kain yang melekat pada lukanya lalu ditarik atau tertarik oleh Hariz. Cubaan hentikan pendarahan dari jam 9 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari tidak berjaya. Kami membuat keputusan bawa ke klinik berdekatan, dan doktor menasihatkan supaya di bawa ke hospital untuk dijahit luka tersebut untuk menghentikan pendarahan.
Makanya, sekali lagi Hariz masuk ke bilik penbedahan. Berulangkali dia ucap "tak nak oksigen" sebab dia tahu bila kena gas oksigen dia pengsan/tidur. Lebih kurang 10 minit untuk pujuk dia masuk ke bilik pembedahan dengan menyakinkan dia tak kan dioksigenkan. Aku dan isteri masuk sekali ke bilik pembedahan bila Hariz meminta dan doktor berkompromi. Oleh kerana dia tak mahu dioksigenkan, doktor lakukan pemeriksaan dan cuba 'pateri' luka tersebut TANPA BIUS, sambil dipegang empat penjuru bagi mengelakkan meronta. Doktor dan nurse terperanjat bila Hariz boleh menahan, namun cubaan pateri gagal menghentikan pendarahan. Akhirnya, Hariz mesti dipengsankan supaya boleh dijahit lukanya tu. Alhamdulillah, dia mahu untuk dicucuk jarum untuk memasang alat untuk memasukan ubat ditangannya. Itu pun setelah aku kata kena pasang untuk masukkan ubat supaya darah berhenti. Sekali lagi dia memberi kejutan pada doktor dan nurse sebab 3 kali masuk ubat tidur masih boleh celik. Doktor meneruskan tugasnya pada Hariz yang dalam keadaan lalok (khayal). Kesian Hariz.
Syukur segalanya dapat diselesaikan dalam masa kurang sejam. Hariz tidur semalaman di wad tanpa masalah. Pendarahan nampaknya tidak berlaku lagi dan Hariz sudah boleh mandi tanpa ragu-ragu. Hariz telah pulih sepenuhnya selepas seminggu. Alhamdulillah.
Saya ingin berpesan-pesan kepada ibubapa yang punya anak istimewa autisme lelaki, seelok-eloknya mereka dikhatankan seawal usia yang boleh. Kerana lebih mudah untuk diuruskan semasa mereka kecil lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)